Monday, October 17, 2011

3. NAFSU MULHAMAH

Sesungguhnya nafsu mulhamah adalah satu mertabat kesucian hati yang lebih suci daripada makam nafsu lawamah dan nafsu amarah. Makam nafsu mulhamah juga sering dikenali sebagai nafus sawiah. Pada peringkat nafsu ini ia telah berjaya menyingkirkan separuh daripada sifat mazmumah dan menghadirkan sifat mahmudah dalam dirinya. Mereka yang berada di sini akan menambahkan lagi usaha beramal ibadat kepada Allah dan rasulNya. Mereka juga menyedari penyesalan sentiasa hadir dalam dirinya dan sentiasa bermohon keampunan dari Allah.

“Dan mereka apabila mengerjakan atau menganiayai diri mereka sendiri, mereka ingat kepada Allah SWT, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang akan mengampunkan dosa selain dari Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedangkan mereka mengetahuinya” (Ali ‘Imran: 135).

Sesungguhnya taubat orang-orang mulhamah adalah merupakan taubatan nasuha iatu darjah teaubat sejati bukan sahaja taubat di mulut akan tetapi taubat yang hakiki.

”Hai orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (semurni-murninya)..........” (At-Tahrim: 8)

Di peringkat mulhamah, zikir seseorang itu telah menyerapi lubuk hatinya, zikirnya bukan lagi sekadar berlewa-lewa dibibir mulutnya malahan zikirnya itu meresapi hatinya sehinga mengalami perasaan “zauk” iaitu keasyikan yang memberi nikmat ke atas sesuatu yang selama ini tidak pernah dirasainya. Ianya terjadi adalah akibat penerimaan ilmu laduni di peringkat “sir” di mana cara penyampaian ilmu ini telah menjadi kelaziman berlaku dan dialami oleh mereka yang sampai ke tahap mulhamah. Persoalan zaukiyah ini bukanlah seseorang itu semasa berada di alam zikir dengan mata terbeliak atau tubuh terpelanting atau semacam dirasuk hantu. Jika berada dalam keadaan sebegitu dinamakan zaukiyah gila babi. Zukiyah yang dimaksudkan ibarat seseorang sedang dalam alam percintaan antara kekasihnya. Rasa rindu teramat sangat sehingga rasa gementar dan seram sejuk tanpa disengajakan.

“sesungguhnya orang-orang mukmin itu, bagi mereka apabila sahaja disebut nama Allah, nescaya gementarlah seluruh hati mereka” (Al-Anfaal: 2).

Sesungguhnya di peringkaty mulhamah, jiwa seseorang itu mulai berkembang dengan sifat-sifat ketenangan, perasaan lapang dadanya dalam kehidupan seharian, tumbuh dan dipersaksikan dalam perlakuannya. Perasaan sesak dada dalam mengharungi cabaran dan dugaan hidup apatah lagi merasakan putus asa jauh dari amalan hidupnya. Jiwa mereka telah berteras, sedia diuji, sanggup dilambung gelora di samping sifat-sifat kesabaran telah terukir indah dihatinya. Sesungguhnya perlakuan ini adalah anugerah Allah SWT kepada diri-diri di tahap mulhamah. Ia juga membentuk sifat bersyukur dengan nikmat dan rahmat Allah SWT.

“Sesungguhnya bersama (sesudah) kesusahan itu pasti ada kesenangan. Maka apabila kamu selesai (dari sesuatu urusan) kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh yang lain pula dan hanya kepada Tuhanmulah kamu berharap” (Al-Insyiraah: 6-8)

Mereka yang benar-benar di tahap mulhamah, mereka telahpun dapat menguasai bukan sahaja ilmu qalam, malahan mereka telah dapat menguasai ilmu ghaib menerusi tiga cara laduni iaitu nur, cara tajali dan cara sir. Adapun yang dimaksudkan dengan laduni di peringkat sir ialah menerusi telinga batin yang terletak ditengah-tengah bahagian kepala seseorang , di mana bahagian ini lebih dikenali sebagai bahagian tanafas. Bila seseorang itu dikatakan menerima sir, maka mereka telah pun dapat menerima atau mendengar suara di tengah-tengah bahagian tanafas, suara itu dapat diterimanya dengan baik terang dan jelas sekali. Semasa penerimaan sir ini berlaku, pendengarannya tidak terganggu walaupun ketika ini ia sedang berbual atau bercakap. Sesungguhnya suara yang dapat didengar itu adalah dari suara waliyullah atau suara ambia yang merupakan guru-guru ghaib yang bertugas mengajar ilmu ghaib kepada mereka yang di peringkat mulhamah.

Berikutan dengan itu, seseorang yang telah berada di tahap mulhamah mestilah terus berzikir, melaksanakan amal ibadatnya dan mestilah tekun pula memenuhi petua-petua guru dan mempastikan diri menurut isyarat lawamah yang terpancar dari keheningan jiwanya di samping menerima zauk dan sir, maka seseorang itu akan mendapat ilmu secara zahir dan secara ghaib. Sesungguhnya ketenangan yang diperolehi itu adalah hasil daripada meresapnya nikmat zikir yang telah menguasai seluruh urat nadinya.

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir kepada Allah. Ingatlah hanya dengan berzikir kepada Allah SWT sahajalah hati menjadi tenteram” (Ar-Ra’d: 28).

Lantaran itu hatinya sentiasa melekat dengan rasa lamunan cinta dan kasih saying terhadap Allah SWT. Sifat mahmudah yang terpuji telah bertapak di jiwa dan lahir pada perlakuan anggotanya yang akhirnya membentuk satu kesucian jiwa ke satu mertabat nafsu yang diredhai oleh Allah SWT iaitu nafsu mutmainnah.

0 comments:

Post a Comment

 
samah50 Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template