Monday, October 17, 2011

2. NAFSU LAWAMAH

Pada nafsu Lawamah, seseorang itu telahpun dapat menguasai satu perasaan seolah melarang dari melakukan kezaliman atau apa sahaja yang berlawanan dengan Allah dan RasulNya. Ia boleh dianggap sebagai lampu isyarat kepada sebuah kereta yang mana warna merah yang terpapar di ‘meter board’ memberi amaran bahawa kereta akan kehabisan minyak. Atau juga boleh dikiaskan sebagai bunyi siren kecemasan pada sesebuah bank yang menyatakan ada gangguan rompakan.

Bagi mereka yang memiliki isyarat lawamah dan mematuhinya dengan rasa penuh tanggungjawab maka mereka akan terlepas dan selamat dari bahaya amarah yang mana masih berdaki di jiwa mereka. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap orang-orang lawamah agar segera dan sentiasa mematuhi isyarat yang datang kepada mereka tanpa diselit dengan rasa ragu, sebagaimana Allah telah memberi peringatan dalam firmanNya:

“Kebenaran itu dating dari Tuhanmu, maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu” (Al-Baqarah: 147).

Sebaliknya jika seseorang itu telah meningkat ke martabat nafsu lawamah, tetapi tidak mematuhi lawamah yang memancar di hatinya, maka lama kelamaan isyarat lawamah ini akan malap dan padam, maka kembalilah ia kepada tahap amarah semula.

“Mereka tidak lain hanya mengikuti sangkaan-sangkaan dan apa yang diinginkan oleh hawa nafsu mereka dan sesungguhnya telah dating petunjuk (isyarat lawamah) kepada mereka dari Tuhan mereka” (An-Najm: 23)

Biasanya bagi mereka yang berada di tahap nafsu lawamah ini sering berdebat dengan dirinya sendiri. Bila melihat sesuatu maka ia akan bertanya dirinya sendiri. Setiap persoalan yang timbul akan dikajinya sehingga timbul jawapan pada akalnya yang timbul secara tidak sengaja. Sebagai contohnya, bila ia melihat buah manggis yang kulitnya hitam tapi isinya putih. Maka berkatalah ia pada dirinya, cukuplah kalau aku seperti buah manggis ini. Biar Nampak hitam diluar tapi putih didalam, maknanya biarlah orang nampak jahat diluar tapi didalamnya baik. Banyak lagi sifat-sifat lawamah yang boleh diambil dari perlakuannya. Sesiapa yang berjaya memasuki nafsu lawamah ini, maka ia telah berjaya mengatasi sifat keinginan kepada keduniaan dan ia lebih mementingkan akhirati.

Bagi orang-orang yang di peringkat ini akan merasai semacam semut-semut (berderau) di seluruh tubuhnya terutama di bahagian tulang belakang dan tangannya. Kadang-kadang dirasakan dirinya ringan macam hendak terapung dan kadang-kadang dirasakan dirinya hilang. Keadaan beginilah yang menyebabkan mereka menjadi keasyikan dalam amalan zikir dan amalan ibadatnya. Kebiasaannya mereka yang mencapai tahap nafsu lawamah, mereka mulai menerima dan menguasai ilmu ghaib di peringkat laduni. Mereka juga termasuk dalam golongan orang-orang yang suka berjaga malam kerana melakukan ibadat dan amalan zikir.

“Mereka itu sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan mereka memohon kemapunan di sepanjang malam? (Az-Zaariyat: 17-18)

Telah menjadi kelaziman kepada diri orang lawamah, sering timbul di hatinya satu perasaan yang tidak puas hati dengan amal ibadatnya. jika ia mendirikan solat dua rakaat, maka dibandingkannya dengan nikmat Tuhan yang terlalu besar padanya dan timbullah rungutan kecil dalam dirinya, "Apakah dengan nikmat yang sebegini besar yang dicurahkan oleh Tuhanku kepada ku hanya terbalas olehku dengan hanya dua rakaat solat, betapa bakhilnya aku sedangkan Allah SWT bermurah dengan diriku." Sesungguhnya rungutan beginilah menginsafkan manusia lawamah dari terjerumus kembali ke lembah amarah.

"Sesungguh manusia itu dengan Tuhannya tidak pernah berpuas hati.................." (Al-'Aadiyat: 6-8)

Berikutan dengan itu diri-diri lawamah haruslah berusaha sedaya upaya menyucikan jiwa mereka terus menerus semoga tercapailah kesucian hati mereka ke mertabat nafsu yang lebih suci iatu MALHAMAH.

0 comments:

Post a Comment

 
samah50 Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template