Monday, October 17, 2011

6. NAFSU MARDHIAH

Sesungguhnya bagi mereka yang telah mencapai martabat radhiah, maka mereka tidak seharusnya membiarkan peluang yang lebih luas untuk dimiliki oleh mereka bagi mencapai peluang bertapak di martabat nafsu yang lebih tinggi keredhaannya di sisi Allah SWT. Mereka menanam ingatan kepada Tuhan mereka di teras lubuk hati mereka menerusi cara khafi-fikhafi iaitu bentuk ingatan penyaksian ”basitiah” (penyaksian sifat ma’ani Allah SWT) yang nyata dan dizahirkan oleh diri-Nya sendiri. Mereka menafikan afa’al diri mereka dan diisbatkan secara langsung kepada afa’al Allah SWT. Jiwa-jiwa mardhiah ialah benar-benar bersebati dengan Allah SWT yang mana tiada sesaat pun dirinya berpisah dengan Allah SWT sehingga hilanglah dirinya dan nyatalah ”Pandang yang satu pada yang banyak”.

Di peringkat mardhiah ini, mereka mengalami fana bakabillah yang berlaku akibat bertambah kuatnya gelora ingatannya kepada Allah SWT. Ketenangan jiwa raganya terbayang jelas di wajah-wajah mereka. Kegelisahan tidak lagi wujud dalam dirinya.

”...........Sesungguhnya orang-orang yang memiliki iman itu teramat sangat cintanya kepada Allah...............” (Al-Baqaraah: 165).

Peringkat mardhiah ini perlakuan agak berbeza sedikit dari perlakuan orang-orang zahid. Peringkat radhiah mereka suka berasingan dan menyendiri. Manakala orang-orang mardhiah sedar dengan dua alam sekaligus dan berada dalam fana bakabillah. Perlakuannya kembali normal seperti sebelumnya. Namun begitu ia tidak dapat melarikan diri bila masa berkhalwat ianya seakan menyembunyikan dirinya yang nyata. Kendatipun, mereka seakan perlakuan orang-orang radhiah, ia tetap dengan pegangan pemahaman hakiki.

”Apa yang disisi kamu itu pasti lenyap dan apa yang ada di sisi Allah SWT tetap kekal.............” (An-Naml: 96).

Mereka yang berada di tahap mardhiah bila bercakap amat malas hendak mengeluarkan kata-kata kosong yang tidak mendatangkan faedah kebaikan. Kehidupannya lebih kepada nafis-nafsi sepertimana yang dibayangkan oleh Rasulullah SAW:

”Apabila kamu sekalian melihat seseorang mukmin itu pendiam dan tenang, maka dekatilah ia. Sesuangguhnya dia akan mengajar kamu hikmat” (HR: Ibnu Majah).

Sikap pendiam orang-orang mardhiah ini adalah akibat tercapainya makam seperti yang disifatkan oleh Allah SWT,

”Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan percakapan) yang tidak berguna” (Al-Mukminun: 3)

Zikir diri mardhiah tetap bersemadi di dalam lubuk hatinya dan zikirnya melibatkan seluruh anggota zahir dan batin. Hanya telinga batinya sahaja yang mendengar di makam tanafas yang terletak ditengah-tengah telinga kanan dan telinga kiri. Zikirnya tidak pernah terganggu dengan alam sekeliling walaupun ia sedang bercakap.

”Orang-orang yang sedang bercikir kepada Allah sambil berdiri, sambil duduk dan dalam keadaan berbaring.............” (Ali ’Imran: 191).

Setiap perlakuan orang mardhiah tetap akan membuahkan satu bentuk zikrillah kerana setiap perlakuannya benar-benar mendapat kawalan dan perlindungan Allah SWT malahan seluruh perbuatan dan perlakuan mereka adalah berada di bawah telapak payung rahmat Allah SWT. Setiap patah yang keluar dari lidahnya merupakan zikri, setiap penglihatannya merupakan zikri, setiap pendengaranya merupakan zikri dan setiap pergerakkan tubuhnya adalah merupakan zikri. Tegasnya setiap perlakuannya tidak pernah luput dari Tuhannya.

Kebiasaannya mereka yang berada di makam mardhiah jarang sekali hendak menzahirkan kelebihan aneh dirinya. Mereka telah berjaya menerima ilmu ghaib secara laduni di peringkat yang tertinggi. Bukan sahaja menerima secara nur, tajalli, sir, sirrusir malahan mereka dapat menerimanya di peringkat TAWASSUL. Adapun yang dikatakan taswassul itu ialah cara penerimaan ilmu laduni secara hidup-hidup menerima penjelmaan guru-guru yang terdiri daripada para anbia dan waliyullah secara langsung kepangkuan mereka yang telah berjaya menyuci dirinya sampai ke tahap mardhiah ini. Sesungguhnya kedatangan mereka ke pangkuan orang mardhiah adalah lebih merupakan satu penghormatan yang tidak ternilai harganya. Mereka juga berpeluang menjelajahi seluruh alam maya dan alam ghaib.

”..........Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah SWT nescaya Dia akan mengadakan jalan keluar (ke alam lain)..........” (Ath-Thalaq: 2)

”andaikata hati bani Adam itu tidak dikelilingi oleh syaithan, pastilah mereka mampu melihat rahsia kerajaan langit” (HR: Ahmad)

Orang-orang mardhiah berupaya melawat ke suatu tempat tertentu sama ada menerusi wajahnya, iaitu pecahan diri batinnya atau terus bersama-sama dengan jasadnya sekali. Mereka boleh menimbulkan pecahan dirinya di beberapa tempat dalam satu masa yang sama. Sebenarnya kejayaan dan pencapaian proses pemecahan wajah ini yang lebih dikenali sebagai makam ”KHAWA FULKHAWAF” itu sebenarnya telah mulai berlaku di peringkat muthmainnah dan radhiah. Diri batin mengalami khawa fulkhawaf iaitu suatu bentuk pembebasan diri batin seseorang manusia dari jasadnya.

”Dan katakanlah, ”Ya Tuhanku, masukkanlah aku dengan cara yang sidiq dan keluarkanlah aku dengan cara yang sidiq dan berikanlah kepadaku laduni mukjizat (kesaktian) yang menolong” (Al-Ishrak: 80)

0 comments:

Post a Comment

 
samah50 Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template